BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 19, 2014

Percutian Hari Buruh

Hari buruh lama dah lepas. tapi baru sekarang terdetik nak cerita apa yang berlaku masa tu. blog ni pun dah lama sangat tak update. tapi disebabkan hari ini tersangatlah boring mengenangkan kelas takde dari pagi so decide nak update blog. segala entry lama dalam blog ni dah pun aku delete memandangkan terfikir takde isu bermanfaat pun yang aku bawakan.


yang kali ni aku harap bermanfaat kepada readers. mungkin ada yang tak faham sepenuhnya apa yang akan aku kongsi dalam blog aku ni tapi segala yang aku bakal ceritakan nanti atau entry yang akan datang adalah jiwa aku dan kecintaan aku. 

sebelum cuti hari buruh lagi aku dah plan something yang memang aku rasa abah takkan tolak punya. awal-awal lagi dah text abah "1/5 nanti cuti kan abah? please save the date for me. kita teroka next gua." aku rasa abah excited. cepat je dia reply. "ok set." 

hari yang dijanjikan tu memang abah tak mungkir janji la. jam 7 pagi lagi aku, mama, abah, dik jat dah ready semuanya and bertolak. ke mana? ke gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. gua ni bukan macam Gua Niah atau Gua Kelam.. *betul ke contoh aku bagi ni?* gua ni ada banyak lagi gua kat dalam. kira yang entrance dia lain-lain la. 1 pintu 1 gua. kami cover semua gua yang ada kat situ. 

ini bukan gua yang first kami jumpa pun. just gua ni je signboard dia macam cantik sikit. abah suruh posing dulu before masuk gua. *muka segar lagi*

yang ni gua first kami masuk. sebelum masuk gua ni kami buat andaian sendiri yang setiap gua boleh tembus ke gua lain. so gigih la kami anak-beranak panjat sampai ke cahaya kecil atas tu. ingatkan jumpa la jalan keluar. rupanya just lubang yang kalau degil nak keluar juga terjun la. hehe.. so kami decide turun balik ikut jalan 90 darjah yang kami naik tu. serius cuak sangat. ingatkan bakal jatuh. sebabnya batu yang kami panjat bukan kukuh sangat pun. dari pengamatan aku ini batu kapur atau kalau budak-budak course aku panggil limestone.. harap-harap betul la.

yang ni kelawar. tak nampak sangat. kelawar salah 1 binatang yang hidup dalam gua. aku pernah tertanya sendiri kenapa kelawar hidup dalam gua? so aku try cari jawapan tu. sebabnya bagi kelawar gua ni tempat paling selamat sebab kira macam tempat berlindung. kelawar-kelawar ni boleh hanging dekat ceiling gua ni. makanan yang kelawar-kelawar ni cari sebelah malam pun boleh disimpan dalam gua. 

yang ini close up untuk gambar yang tadi. kebetulan sangat aku boleh tengok kelawar yang banyak. time tu tersalah masuk kawasan dorang bersuka-ria. 

yang kami pijak ni tahi kelawar semuanya. baunya jangan nak kata la. 'wangi' sangat. tapi sebab aku memang suka gua, buat tak tahu je la. 

dik jat tengah rest sekejap. dari awal trip sampai habis mulut dia tu susah betul nak buka. kenapa entah... 

yang macam tiang warna putih tepi tempat aku berdiri tu fully calcite. sekali curah HCl (weak acid) dia fizz.. 

dik jat macam teruja jumpa kolam tingkat-tingkat kat dalam gua. ini ni kalau ikut apa yang aku belajar dia terbentuk disebabkan hakisan daripada air. mulanya kecil je ni. tapi sebab selalu sangat kena air dia pun jadi macam kolam. time ni takde air. kalau ada air lagi cantik.

dik jat rest lagi. kalau nampak garisan-garisan tepi dinding gua tempat dik jat bersandar tu, yang itu pun sama disebabkan air. bila air menitis dari atas, kesan yang tinggal jadi macam tu la. tapi bukan dalam masa yang singkat. lama nak jadi macam tu. 

ini entrance gua papa. aku tak tahu betul tak nama yang diberi tu. sebab dah masuk sampai dalam baru jumpa nama gua. rasanya semua dah tahu kalau nampak yang tergantung kat atas ceiling gua tu. itu stalactite. kalau yang dari bawah dipanggil stalagmite. dalam gua ni stalactite dan stalagmite dah besar sangat dah. maksudnya dah lama sangat dah proses tu berlaku. kalau stalactite dan stalagmite bertemu terbentuk column. 

ini tak special mana pun. just jumpa takungan air je. serius air dalam gua sejuk. 

1 lagi stalactite dan stalagmite. kat sini ada banyak juga yang baru terbentuk. so rasanya kalau bawa anak cucu datang sini baru nampak dia memanjang la. 

yang ni paling extreme di gua Kota Gelanggi ni. nak masuk mulanya macam senang. just redah anak sungai je. basah-basah tu biasa la. dah sampai kat sini ingatkan takde jalan nak masuk. rupanya jalan dia memang sempit sangat. sampai melekat kat dinding nak masuk punya pasal. tapi sebab memang suka aktiviti lasak so kami anak-beranak redah jugak. pada aku sebelum ni jalan nak masuk ke gua ni bukan macam ni. tapi disebabkan runtuhan batu dalam gua tu, so jalan jadi susah macam ni. 

yang ini gua tercantik kat Kota Gelanggi. berbaloi bersusah payah masuk. rasa macam nak buat rumah dalam tu je. aku dengan dik jat duduk rehat pada ketinggian 200m rasanya ni. takpun lebih sikit. yangpastinya aku dah gayat sangat. tapi sebab sedap rasa angin bertiup dari luar so aku sabar je la. 

abah kena paksa bergambar... abah gayat jugak. baru aku tahu. sebab tu dia pegang macam tu. alahai abah.. 

still lagi dalam gua yang sama. tapi kalau teruskan jugak terus masuk hutan. ini dari bawah. cantik sangat. 

abah gigih panjat jugak ke atas. time ni aku dah sampai atas dah. excited punya pasal. 

and time ni dah nak keluar. boleh plak sesat sekejap. lupa batu mana 1 yang kami selit-selit nak keluar. at last guna jalan lain. yang jalan kali ni memang muka bertempek kat lantai gua. abah suruh meniarap and mengundur sebab kalau kepala dulu yang ke depan memang terjatuh la jawabnya. *betis dik jat tak cantik langsung*

ini gua first yang kami jumpa. tapi jadi gua last kami pergi. tak namanya gua dah ni rasanya. sebab dah tinggal bumbung je. boleh jadi macam ni pun disebabkan angin. tak lama lagi gua lain pun tembus macam gua ni jugak la tu. tapi lambat sangat lagi. 

nak pelik aje 2 beradik ni. bergambar atas bumbung kereta. idea abah tersayang. nasib tak kemek je atas tu. dik jat muka still control macho. aku dah sememeh dah. 

ini yang last before gerak balik. tengok muka dik jat still macam model. asal bergambar memang macam tu. takpe. handsome dah adik saya. 

aku try google pasal Gua Kota Gelanggi ni. katanya setiap gua dipanggil kota. tapi aku jumpa 1 je kota. Kota Papa. yang lain takde pulak. yang lain semua gua. tempat ni best tapi still tertanya-tanya mana 'kota' yang lain. ke aku tak habis cover semua kat dalam tu? nanti next entry pasal aku shooting pulak. hehe.. salam.. 

0 comments: