BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 18, 2015

Sesi Melonggarkan Lutut

Assalamualaikum... Selamat sejahtera

Jarang sekali aku update blog aku ni. Oleh kerana aku terlalu mengantuk sampaikan mata aku ni dah juling naik ke atas menahan dari tertutup tak tentu pasal so aku rajinkan diri nak update blog. Dan kebetulan semalam baru selesai sesi melonggarkan lutut di Gunung Machinchang, Langkawi. 

Sambil otak ligat fikir nak mulakan cerita ni sambil tu jugak aku pasang telinga dengar Kak Nana, staf Geopark ni kecoh kat semua department yang esok gaji masuk. Bahagia sangat tu gaji nak masuk. Semalam aku dengan kawan-kawan sengaja mencari pasal menyakitkan badan panjat Gunung Machinchang. 

Rancangnya nak naik nanti-nanti aje. Tunggu nak ambil mood kononnya. Tapi aku ni mana reti sabar. Dah namanya nak naik gunung. Memang tergedik-gedik aku decide nak naik secepat mungkin. Nasib baik la budak-budak ni setuju aje nak naik semalam. 

Kami plan nak naik awal pagi dalam jam 9.00 supaya tak la panas sangat bila sampai kat atas tu. Tapi biasa la janji melayu asli kan. dari jam 9.00 lajak sampai 10.30 sebabnya salah seorang dari kami MIA (missing in action). Gigih kami pusing-pusing satu Kuah mencari seorang yang MIA tu. Dua kali bertembung tapi dia macam tak nampak je kereta aku selisih dengan kereta dia. Punya semangat aku melambai-lambai tangan macam bahagia sangat jumpa dia tapi boleh dia tak perasan. Tapi at last budak comel (aku terpaksa kata dia comel), si Hamzah tu rela hati nak keluar kereta jalan kaki pergi kat si hilang tadi... Zaki namanya... 

Dah lambat sangat memang aku dengan berat aku terpaksa cut waktu makan diaorang pagi tu. Makan kat atas gunung je kata aku. Senang cerita. Kejam tak kejam aku tolak tepi sebab aku memang kena kejar masa. Seorang mamat lagi dah ready tunggu kat kaki gunung nuh. Lama kot tunggu. Sejam.. Kalau aku dah lama mendidih silap-silap berbakul maki terkumpul. 

Dah sampai kat sana dengan jayanya sebab yang drive tu aku kan.. Pemandu yang memang tak berhemah langsung, shoot prepare apa yang patut sambil bebel-bebel kat si Zaki sebab dia melambatkan masa. Dah janji dah masa tu nak naik dengan Mock, si ranger kat Telaga tujuh (tempat mula daki) so aku pergi cari dia.

Dalam jam 10.30 macam tu kami dengan tak stretching semua terus naik atas.. Memang terlalu excited nampaknya. Gambar tak boleh letak banyak sebab aku terlupa nak ambik gambar. 

 Ni tempat pertama aku sampai dan rehat-rehat. Ternganga jugak la aku bila boleh tengok cable car tergantung-gantung. Kecil comel je. 

Sambil-sambil rehat tunggu yang lain sampai semua, aku posing dulu dengan Kak Mah kat batu yang kononnya ada cop mohor raja Siam. Aku tak nampak sebenarnya cop mohor tu tapi aku gigih nak bergambar jugak kat batu tu. 

Kak Mah kat atas batu tu pose ala-ala diva gitu. Aku dan choki-choki memang berpisah tiada. Si budak Hamzah tu kata aku nampak macam budak sekolah bila macam ni. 

Gambar budak-budak tu pun ada jugak. Mana boleh gambar aku je. Confirm aku kena basuh kalau takde gambar budak-budak ni. 

Penyeri dan pencetus aku sakit hati sepanjang jalan naik dan turun Gunung Machinchang. Al-maklumlah.... aku paling kecil walaupun aku antara paling tua.

Kak Mah again.. yang seorang lagi tu si Ain. Orang paling bersemangat nak ikut bila aku kata aku nak naik gunung. 

Hilang penat masing-masing lepas panjat tangga yang tinggi nauzubillah, memang tak nak tunggu lama la kan. Terus sambung jalan. 

Gambar belakang je aku mampu nak tunjuk memandangkan aku kat belakang sekali. Mula-mula semangat la semua ni. Muahahaha

Ini Bain orang first yang semput sebab bawak botol air banyak-banyak. Beg berat. Hahaha.. Ini check point kedua selepas Telaga Tujuh tempat kami rehat yang first tadi. 

Di Kem Saintis ni memang aku tak bagi peluang diaorang rehat lama la. Takut nanti sampai atas lagi lambat. Nak turun jam berapa kalau dah lambat sangat sampai atas, kan? 

Again gambar dari belakang. Si Bain ni stamina dia makin bertambah tiba-tiba. 

Ini punca segala kelambatan. Nak jugak bergambar. Ambil la sekeping.. Kesian kau.. hahaha

Lepas tu memang kami terus berjalan sampai memang betul-betul semput. Tapi sebenarnya banyak berehat dari berjalan. Aku faham kalau dah namanya beginner. 


Dua gambar atas ni kat Kem Tok Ayah. Lepas dari kem ni ready la nak bersusah payah dengan batu-batu dan jalan yang memang agak curam. 

Sepanjang melalui jalan yang agak curam, curam dan terlalu curam aku memang tak ambil gambar. Kamera aku Hamzah yang pegang jadinya aku menahan rasa la tak dapat ambil gambar. Dalam pada nak sampai ke puncak ni memang seronok ha berhenti banyak kali. 

Banyak kali jugak la aku dengan Mock menipu kononnya dah nak sampai walaupun jauh lagi. Tak nak bagi budak-budak ni rehat lama dan konon nak bagi makin bersemangat. Tapi hampa. Kena tuduh bagi harapan palsu pulak. 

Ini muka-muka penat kat atas puncak. Yeay.. Kami sampai dah. 

Time ni lapar memang tak payah kata la. Sampaikan sandwich yang aku buat awal pagi buta dah tak rupa sandwich. Sedih aku tengok sandwich yang aku buat dengan penuh berseni jadi leper semacam aje. Tapi bila dah lapar rupa yang nampak tak selera tu pun jadi sedap nak makan. 

Dapat rehat sejam cukup la atas puncak ni. Panas terik sangat. Tak mampu nak memanggang kulit lama-lama atas tu. 

Budak ni konon nak jadi rare bergambar atas batang pokok. Ni kalau jatuh ni boleh sedekah al-fatihah je la. tapi memang cantik pulak view ni. 

Bila dah seorang buat macam tu. Memang yang lain follow sama la kan? Tapi view belakang tak nampak. Sedih.. 

Budak ni pun nak jugak. Mock layankan aje dia. 

Lepas macam confirm dah penat bergambar kat atas nun.. Kami gerak turun. Ikutkan hati aku nak je suruh helikopter datang ambil. Penat la nak jalan turun pulak. Kalau naik aku tak kisah sangat. Bila turun mula la lutut ketar la lutut nak tercabut la. 

Tapi apa-apa pun memang syok la naik Machinchang. sebabnya Machinchang ni formasi batuan yang tertua di Malaysia dan di South East Asia. Memang bangga habis la kan. Bahagia sangat-sangat dapat naik. Lepas ni aku nak naik lagi. Memang tak serik. Nah aku belanja gambar aku. Last.. Promise..