BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 20, 2014

Gua Tahi Bintang, Merapoh

Assalamualaikum.. 
entry ni pasal Gua Tahi Bintang di Merapoh, Pahang. sepatutnya entry ni dlu baru aku buat entry pasal Gua Kota Gelanggi. tapi takpe la. mana-mana pun sama. tarikh di gambar 26/4/2014.. so rasanya betul la tu tarikh tu aku pergi sana. aku pun tak ingat. yang aku ingat aku ada shooting dengan rancangan Simfoni Alam RTM. kira macam tak dirancang pun semua ni. so boleh kira macam bermimpi pun ada la. bulan 6 nanti dia siar. bila? aku pun tak tahu. 
first picture kita shoot pokok durian dulu memandangkan aku hantu durian.. motif yang tak jelas. 

masa ni tengah shooting. apa yang encik Lan shoot pun aku tak tahu la. yang aku pasti aku tengah try nak identify layer putih tu apa. try ambik sikit serpihan guna tangan. wah.. kuat pulak aku.. hehe.. sebenarnya dah rapuh pun. berbincang dengan kawan aku.. kitaorang buat konklusi yang layer tu 'silt'.. boleh serpih-serpih tu sebab dia dah berlaku proses erosion. aku lupa la bahasa melayu sebut apa erosion tu. yang silt tu pun aku tak reti nak terang dalam bahasa mudah. pokoknya sejenis batuan jugak la. 

yang ini istilah geologinya ripple mark. dah siap letak skala lagi tu. berguna jugak clinometer tu. ripple mark ni terbentuk disebabkan air. bila dah lama-lama and kering tu yang tinggal kesan macam tu. so konklusinya kawasan ni dulu ada air. 

yang ini pulak dia terbentuk pada column (stalactite+stalagmite). tak silap aku orang panggil cave popcorn.. boleh terbentuk disebabkan percikan calcite yang termendap lepas tu dia meresap kat dinding gua. macam tu la lebih kurang. ada rupa popcorn ke?

hah.. yang ni aku suka. aku kalau nampak benda macam ni beruk dapat bunga pun tak macam aku. ni fossil. aku belum sempat nak identify ni fossil apa. fossil tu macam hidupan lama-lama yang ada kat situ la. bila berlaku 1 proses ni dia jadi macam tu. perlu ke cerita prosesnya? maybe dalam entry akan datang. 

ini kawan aku.. Yi Eng.. khusyuk sangat si lemah lembut ni tengok. ak tak tahu dia tengok apa. tapi aku rasa dia tengok structure pada dinding gua tu kot.. pada pengamatan aku macam folding je.. folding tu yang macam curve tu. proses yang terjadi pada fold structure tu bila ada planar structure tu dia bent. jadi la macam tu. 

curi-curi ambik gambar encik Lan dengan abang Juki. tengah try lighting kat dalam gua tu. nak tengok cukup tak pencahayaan sebab nak shooting kat dinding gua tu. kalau dari jauh nampak macam tahi bintang je dinding tu. 

yang ini abang Juki explain kat Salwa mana gua Tahi Bintang dapat nama. majoriti dalam gua tu ada la 'tahi bintang' tu. so dorang bagi nama Gua Tahi Bintang. actually 'tahi bintang' tu terjadi disebabkan proses erosion jugak. disebabkan air. rasa macam banyak je proses dalam gua disebabkan air. bila air dari atas tu menitis ke bawah. lama kelamaan terjadi la macam dalam gambar tu. aku tak tahu apa namanya.  

and ini gambar yang tak tahu apa motif. tapi ini selepas kitaorang shooting pasal 'tahi bintang' tu. 

suasana dalam gua time shooting. camera yang selalu shoot aku yang dekat dengan abang pakai beg purple seluar belang merah ni.. cameraman dia handsome. hehe

ini tak lain tak bukan stalactite la. yang ni cantik sikit berbanding di Gua Kota Gelanggi tu. macam straw pun ada kat situ. kalau straw tu terkena HCL aku rasa fizz jugak tu. 

miss Eva.. my hot lecturer tengah prepare nak shooting. kesian dia muka cuak sangat. aku pun tak tahu nak tolong macam mana. 

yang ini time mula-mula kami masuk. abang-abang guider tu tertanya-tanya kenapa ada pokok yang boleh hidup dalam gua sedangkan tak dapat cahaya matahari. fikir punya fikir aku dapat la idea sikit. betul ke tidak aku tak tahu. cahaya matahari bukan tak dapat langsung. dapat jugak sebab dekat dengan pintu gua. berbekalkan cahaya yang sikit tu la dia hidup. selain dari tu proses dia sama je dengan proses pokok tumbuh. 

ini team aku. lepas dah keluar dari gua. nak makan.. 

kolam tingkat-tingkat dalam gua ni sama proses dengan yang kat Gua Kota Gelanggi. tapi yang ini lagi cantik. dan berkilat-kilat. sebabnya ada calcite tu. dari tadi calcite. blur ek? calcite tu dia warna putih. ada calcium carbonate dalam dia. tu ha yang jadi stalactite stalagmite tu dari calcite la. bila calcium carbonate react dengan acid ta ada reaction. dia jadi macam buih-buih and keluar bunyi fizz...

gambar tak ready dari photographer tak bertauliah.. Abdul Qadir. apa pun aku suka gambar ni.. 

experiment di luar makmal. tengah nak identify batu kononnya. tengah shooting jugak time ni. so terpaksa buat macam tak tahu. hehe.. apa aku catat? entaaaaaaah...

yang ini bila dah habis shooting. ambik masa sikit posing dengan crew Simfoni Alam dan guider gua kat Merapoh. dorang memang sporting dan suka belajar. 

before balik ke UMK semula kami singgah di rumah abang-abang guider tu. tumpang solat. time ni la aku memang excited sangat bila tengok batu tu banyak dengan fossil. bukan 1 jenis pulak tu. memang aku rasa macam nak ambik simpan dalam beg je. 

habis dah gambar. gua Tahi Bintang tu sebenarnya past environment dia atau persekitaran lampau dia shallow marine. sebab kalau tengok pada fossil kat gua tu bercengkerang. dikatakan gua tu umur dia 260 juta tahun. lama tu.. lepas ni aku nak try jelajah gua yang lagi tua. ini tak cukup tua. salam... 

0 comments: